Perkelahan keluarga BTP Bikers Blues telah diadakan pada 25Mei2008 yang lalu di Kawasan Air terjun Serendah. Keluaga BTP BB telah tidor di dalam khemah di situ selama 2 malam. Kami masak bersama sama dan makan bersama dalam suasana yang sungguh harmonis.Aktiviti ini secara tersiratnya telah mengeratkan silatulrahim antara keluarga dan ahli BTP BB. Dengan akktiviti sebegini akan membuka ruang antara keluarga dan ahli mengenali antara satu sama lain. Walaupun kita keluar rumah bermotosikal bersama ahli, tanggungjawap dan kasih sayang keluarga tetap jadi keutamaan.Keikhlasan dan percaya antara pasangan serta hormat menghormati adalah tunggak utama kabahagiaan. Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan lagi demi mengeratkan lagi hubungan kita, bagi mereka yang belum mengenali BTP BB...salam perkenalan kami hulurkan.