
24 June 2008
Salam untuk semua bikers,
BTP Bikers Blues bercadang untuk mengadakan kerja amal ke rumah anak yatim di Parit Perak. Program akan diadakan pada 09 Ogos 2008 (Sabtu). Seperti amalan biasa program ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka dengan memberi sedikit bantuan dari kita. Semoga aktiviti sebegini dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita serta anak anak kita betapa kita masih beruntung berbanding dengan mereka yang lain.
Aktiviti ini adalah satu aktiviti kekeluargaan yang perlu kita laksanakan, kita bermotosikal bukan sekadar nak berseronok semata mata tapi niat kita adalah riadah, disamping itu kita perlu ingat bahawa ada orang lain yang memerlukan keprihatinan kita. Aktiviti ini juga akan meneratkan silaturahim dan kasih sayang kita sekeluarga, memupuk semangat hormat menghormati antara suami isteri dan anak anak serta memahami kehendak keluarga kita. Semoga aktiviti sebegini memberi kita kesedaran bahawa sebenarnya kasih sayang dan ketelusan hati adalah kunci kekuatan keharmonian institusi keluarga.
Sebelum melaksanakan program ini, BTP BB akan membuat tinjauan terlebih dahulu pada 12.07.2008 Sabtu ke tempat tersebut. Dengan cara ini kita akan dapat pandangan lebih jelas apa keperluan mereka sebenar yang boleh kita bantu.Kemudian bercadang bermalam di Lumut,Perak.
Marilah kita bersatu tenaga untuk menjayakan program ini.