18 January 2009

BTP Bikers Blues Konvoi Pantai Timur...3h2m

Alhamdulilah setelah perbincangan dan perancangan rapi dibuat, pada subuh 26.Dis 2008 jam 05.00 pagi sebanyak 21 buah motor 26 orang bikers n partner telah bergerak menuju ke Hentian pertama, Petronas Bentong Lebuhraya Karak. Sampai disana kami solat subuh dan bersarapan. Sebelum bergerak Marshall Sham , Ah Pai n Kimi telah memberi taklimat keselamatan bersama Sarjan. Senaman ringan diketuai oleh Bro Syed Body. Konvoi menuju ke RnR Temerloh. Sebelum sampai Pekan Kemaman, 'Surport Team', kaum Kerabat Ah Pai bersama 'Storm' telah menjejaki kami dan mengiringi konvoi. Kami singgah di sebuah pasaraya di Kerteh untuk makan tengahari tapi agak mengecewakan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan kami meletakan motor di hadapan kawasan terbuka hadapan pintu masuk,dengan perasaan kecewa kami meninggalkan satu satunya pasaraya di disitu menuju ke Paka untuk makan tengahari.Alhamdulilah kami dapat menjamu selera nasi kukus di Bandar Paka.Sedap dan lazat bersama puyuh. Boleh singgah lagi nanti.
meneruskan perjalanan menuju ke Marang, tempat penginapan disana. Jam 3.00 kami sampai ke destinasi penginapan Bahagian Teknologi Pendidikan N.Terengganu(BTPNT). Konvoi ini juga adalah satu aktiviti usahasama Pusat Kegiatan Guru (PKG Rawang).Peserta adalah terdiri dari guru guru serta pasangannya dan juga ahli BTP Bikers Blues. Pukul 5.00 petang konvoi bergerak ke Bandar K.Terengganu untuk minum petang sambil bersiar siar.Menaiki bot 'Penambang' ke Seberang Takir.
Pada sebelah malam BTP Bikers Blues telah bertemu sambil berkenalan dengan Mix Chooper Club dari K.Terangganu. terima kasih banyak banyak kepada MCC kerana belanja kami makan. TQ Pok Ya n d Geng.....
Awal pagi kami telah bergambar di hadapan BTPNT sebagai kenangan dan menuju ke Pantai batu buruk untuk sarapan. Pekena nasi dagang....emmm lazat dan enaknya...Konvoi menuju ke tempat paling popular di Terengganu...Masjid Kristal.banyak aksi serat posing di situuuu.... konvoi bergerak ke kelantan melalui jalan Pantai.Adusss cantiknya pemandangan Ganu kiteee..
makan tengahari di Jeti Besut sambil menikmati bayu pantai. TQ BOB Ganu...kawin jangan lupa jemput, kami g konvoi kawan mu nanti.
Konvoi memeruskan perjalan ke kelantan, hujan renyai mula menjengah kami.Sederhana basah. Bikers Kelantan telah siap menunggu kami di Petronas Melor, konvoi terus bergerak menuju ke stadium kelantan, ada ekpo disana. selesai aktiviti kami bergerak menuju ke PCB minum petang.
Sekali lagi kami menginap di BTPN kali ini di N.kelantan pula, terima kasih pada mishom (Azmi Sham,PTP PKG Rawang) kerana telah jadi penganjur aktiviti konvoi ini. Sebelah malam kami telah di bawa oleh Kelantan bikers makan di Kedai Mee Pek...emmm lazat dan TQ bebanyak juga kerana belanja kami makan.
Awal pagi hujan renyai mula memberi salam...sebelum bergerak meninggalkan BTPN Kelantan kami telah bergambar bersama dengan pegawai BTPN dan menyampaikan cenderahati. Terima kasih BTPN Terengganu dan kelantan...
Minum pagi pekena masakan kelantan...emmm lazat u...konvoi bergerak menuju ke workshop Pasir Tumboh. beberapa motosikal yang mengalami keroskan kecil diperbaiki.Disitu mengambil masa agak lama hingga berlarutan makan tengahari.
Lepas solat Zohor bergerak menuju ke Jeli, hujan mula membasahi pakaian.Konvoi bergerak perlahan kerana hujan mula lebat, mula memasuki Jeli jalan Timur Barat dalam keadaan gelap dan hujan lebat. Motor Pok Nik mengalami kerosakan teknikal yang mana terpaksa dibawa naik ke atas Storm. Sewaktu di hentian Puncak ledang....eeeee...kami kesejukan yang amat...perjalanan diterus menuju ke Tasik Banding.Isi minyak di Petronas T.banding dan terus menuju ke Gerik.meneruskan perjalan ke Lenggong dan Kuala kangsar. 5km dari Gerik motosikal Mishom putus belting...keputusan dibuat, motosikal tinggal di Balai Polis Gerik, TQ Sjn Rahmat. Mishom n Sherry naik storm. Perjalan diteruskan, moto Zol mengalami masalah tetapi masih boleh meneruskan perjalanan. Sampai di Exit Kuala kangsar moto Bro Bad mengalami masalah overheat.terpaksa tinggalkan di pejabat PLUS. Perjalanan diteruskan, singgah untuk isi minyak. Peserta konvoi terlalu letih dan kesejukan dan berehat serta tidor seketika.
Setelah berehat dan mendapat tenaga semula konvoi bergerak menuju ke BTP Rawang.