11 November 2008

Alhamdulilah berkat kerjasama dan usaha bersama, BTP Bikers dan Zul Roti Canai Sri Puteri telah berjaya menganjurkan majlis jamuan hari raya pada 02.11.2008 hari Ahad pada jam 05.00 petang. Majlis ini diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri. Pihak BTP Bikers telah menjemput rakan rakan bikers dari luar bagi memeriahkan suasana pada hari itu. Sambutan yang luar dugaan dari rakan Biker telah kami perolehi, ramai rakan bikers telah hadir dari beberapa kelab yang sememangnya kita telah saling mengenali antara satau sama lain.Secara tersiratnya hubungan antara bikers semakin akrab. Dianggarkan lebih kurang 6 kelab telah hadir dan lebih 120 buah motosikal dari pelbagai jenis telah hadir. kami dari BTP Bikers amat menghargai kesudian bikers sekalian yang hadir dan memeriah suasana pada hari tersebut. kepada LANUN Bikerz, Chooper garage, Soul Bikers (Melaka), Crazy Trotole Club(Pahang), Brother Hood, dan lain lain....kami amat berterima kasih atas kesudian hadir. "We are not just a bikers, We are brothers...."