
04 June 2008
sejarahnya....
BTP bikers blues ditubuh kan pada hujung 2005,- awal 2006 atas usaha 2 , 3 orang bikers yang boring ride takder geng pada ujung 2004..awal 2005..atas observation, ekceli ramai big bikers dalam tasik puteri tapi derang ade geng sendiri dan juga jenis ride sengsorang.. pada mulanyer ..mengumpulkan biker2 kat BTP nih cuma diatas sebab...mengeratkan silaturrahim antara kiter dengan xtvt2 ride bersama.. juga pada mula nyer berhajat cuma untuk golongan easy bike.. akhir nyer setelah mendapat sambutan ramai .. akhir nyer kami galakkan semua biker tak kira easy atau superbike join atas nama kita sama sama bergolek atas 2 tayar dalam community BTP... kita juga mendapat support dari biker jiran2 BTP..seperti dari bukit beruntung dan juga sekitar rawang, serendah, KL as well.. etc etc.. mula nya kami bersama sama mahu d**enali sebagai BEB (babe @ sayang) untuk menunjukkan kasih sayang sesama kami (BEB adalah BTP easy bikers) tetapi setelah bercampur pelbagai bike..SBK, scooter kami berasakan nama ini tidak lagi sesuwai...dari situ lahir lah BTP Bikers Blues setelah berjaya mengumpulkan beberapa biker.. kitorang selalu nyer buat sessi yam seng dia cafe impian medan puteri .. bertemankan kuey tiau basah bro (lupa nama) rokok gentel nik rosli, dunhill dan kretek... hari ke hari dari satu meja ke dua meja .. tiga meja dan terus bertambah... berkenalan dengan ijam (rokok gentel gak) ngan abang nyer...sukeimi, pewaris.. achik spin.. sham kudaliar dan dll.. titik tolak group ni bermula dengan ride ‘breakfast kuih pau’ tanjong Malim dan berkembang pabila 2 , 3 orang mengikut kembara merdeka bersama geng jaguh.. bertambah kenalan dengan hardcore.. seperti nash dll... setelah ngeteh beberapa kali.. akhir ride kembara pertama ke melaka berjaya dijalankan.. callled 'ride asam pedas melaka'...