27 May 2009

surah al-fatihah

Surah Al- Faatihah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ [1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.