29 January 2009

Camping...

Pada 25 hingga 27 Januari 2008,sekali lagi BTP Bikers Blues menganjur aktiviti riadah untuk famili. Kali seperti tahun lepas aktiviti perkhemahan di Air terjun Serendah dirancang. Seramai 11 famili yang terdiri seramai 58 orang telah menyertai perkhemahan ini. Perancangan awal telah dibuat dengan membuat mangatur menu dan kutipan setiap keluarga bagi menampung perbelanjaan.
Seawal pagi semua telah bergerak dengan kenderaan dan keluarga masing masing menuju ke destinasi.Mendirikan khemah dan memasak, anak anak pula bergembira bemandi manda. Keakraban serta semangat setia kawan terjalin secara tidak langsung. Disamping memupuk ikatan kasih sayang antara keluarga. Pada sebelah malam aktiviti BBQ telah diadakan. Hujan renyai tidak menghalang aktiviti dilaksanakan dengan gembira dan penuh keseronokan. Semua keluarga dengan penuh selera menjamah juadah.
Keesokan harinya aktiviti mandi manda diteruskan, kali ini lebih meriah kerana disertai oleh ibubapa bersama dengan anak anak,hilai tawa mencerminkan kebahagian yang terjalin antara keluarga semakin intim.Itulah matlamat BTP BB, mengeratkan silaturahin antara rakan dan keluarga.
5 keluarga masih ingin meneruskan perkhemahan, dan menyambung aktiviti pada malam itu dengan nyalaan unggun api sambil berbual cerita.Seawal pagi semua keluarga menerokai air terjun yang bertingkat sambil menghayati keindahan alam kejadian Ilahhi. Semua keluarga selamat pulang pada tengahari.